Connect with us

Global

Melutut Depan khalayak Berhadapan Lelaki Yang Turut Berada Diposisi Yang Sama, Wanita Merayu Lelaki Berhenti Mengejarnya

Seorang wanita didakwa sanggup melutut untuk memastikan ‘peminatnya’ berhenti daripada terus mengejarnya selama lima tahun, lapor Mothership.

Wanita itu dilaporkan melutut di depan khalayak ramai di atas jalan ketika merayu kepada lelaki tersebut. Lelaki itu turut berada pada posisi yang sama semasa wanita tersebut bertindak sedemikian.

Malah, wanita itu turut ‘menunduk’ ketika berhadapan dengan lelaki itu demi memastikan rayuannya diterima. Laporan mengatakan terdapat jambangan bunga yang berada bersebelahan mereka selepas wanita itu mencampak bunga tersebut kembali kepada lelaki itu.

ET Today melalui Mothership turut melaporkan seorang saksi mendakwa lelaki itu telah mengejar wanita tersebut selama lima tahun dan sehingga kini masih mencintai wanita yang sama.

Advertisement

Wanita itu telah berkali-kali menolak lamaran lelaki itu tetapi dia tetap bersikap tak endah dan terus mengejar wanita tersebut.

Yahoo Taiwan News melalui Mothership juga melaporkan wanita itu pada akhirnya tidak dapat menerima lelaki tersebut dan merayu agar lelaki itu berputus asa.

“Tolong lepaskan saya” jerit wanita itu, lapor Yahoo Taiwan News melalui Mothership.

Sumber: Mothership

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel