Connect with us

Pilihan Editor

Bawa Motorsikal Tiada Lesen Memandu & Insurans, 10 Lelaki Rohingya Didenda

Seramai 10 orang etnik Rohingya dikenakan denda di Mahkamah Majistret Johor Bahru, di sini semalam atas kesalahan tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans kenderaan dan telah mengubah suai struktur kenderaan.

Kesemua lelaki berkenaan dikenakan denda antara RM300 hingga RM800 dengan jumlah keseluruhan denda adalah sebanyak RM7,100.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, kesemua warganegara Myanmar itu ditahan dalam operasi khas motosikal roda tiga, minggu lalu.

Katanya, sepanjang operasi tersebut, polis telah berjaya menahan sebanyak 15 buah motosikal roda tiga yang telah diubah suai dan ditunggang oleh warga asing berbangsa Rohingya.

Advertisement

“Ketika pemantauan dibuat, mendapati penunggang motosikal roda tiga ini membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula.

“Mereka juga menunggang secara bahaya serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain.

“Dalam operasi ini, sebanyak 45 saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal bagi kesalahan tiada lesen memandu, tiada perlindungan insurans kenderaan dan telah mengubah suai struktur kenderaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kesemua 15 buah motosikal roda tiga turut disita di bawah Seksyen 64 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Pihak polis menasihati orang ramai agar sentiasa patuhi peraturan jalan raya demi keselamatan semua pengguna jalan raya,” ujarnya.

Advertisement

Sumber: Kosmo!

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel