Connect with us

Sukan

Tular Rakaman Video Ronaldo Mengamuk

TURIN, Itali: Rakaman Cristiano Ronaldo mengamuk terhadap rakan sepasukan kelab lamanya Juventus didedahkan dalam dokumentari ‘All or Nothing: Juventus’.

Bintang Portugal itu gagal mengawal kemarahannya ketika rehat aksi timbal balik pertembungan 16 terakhir Liga Juara-Juara dengan Porto di Stadium Allianz, Turin musim lalu.

Juventus diletakkan sebagai pasukan pilihan untuk mara ke suku akhir tetapi ketinggalan 1-0 sebelum rehat. Ia memberikan kelebihan agregat 3-1 buat Porto dan bekas penyerang Juve itu ternyata tidak dapat menerima keadaan itu.

“Kita perlu bekerja lebih keras. Kita langsung tidak bermain! Sifar! Kita bermain dengan teruk, sentiasa begitu!

Advertisement

“Saya juga sama. Kita perlu memberitahu perkara sebenar sesama kita, kita bermain dengan teruk. Ini adalah perlawanan Liga Juara-Juara, kita perlu ada personaliti,” kata Ronaldo.

Kemarahan Ronaldo memberi kesan kepada aksi mereka malam itu di mana mereka bangkit merakam kemenangan 3-2 tetapi tersingkir berdasarkan kelebihan gol di tempat lawan Porto.

Juara lima kali Liga Juara-Juara itu kemudian berpindah ke Manchester United.

Advertisement

– AGENSI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel