Connect with us

Viral

(Video) Tiada Etika! Rapid KL ‘Tegur’ Wanita Selamba Basuh Tangan Dalam MRT

Sebagai pengguna pengangkutan awam, rasanya setiap individu seharusnya mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi kerana ia turut digunakan oleh orang lain.

Namun, berbeza dengan tindakan seorang pengguna MRT ini apabila dengan sesuka hati membuka botol minuman dan mencurahkan air ke lantai train untuk membasuh tangan.

Selamba basuh tangan pakai air sehingga lantai basah

Baru-baru ini, pihak Rapid KL memuat naik satu video di Twitter menunjukkan kelakuan tidak bertanggungjawab yang dilakukan oleh seorang wanita.

Dalam video tersebut, wanita yang tidak memakai pelitup muka itu dengan selamba membasuh tangannya di bawah tempat duduk tren berkenaan.

Advertisement

Dia dilihat menuang air botol tersebut sehingga menyebabkan lantai berdekatan menjadi basah.

Rapid KL tak pernah ‘upgrade’ tren ada tempat basuh tangan

Berdasarkan video itu, pihak Rapid KL memaklumkan bahawa tren yang dikendalikan oleh mereka tidak pernah dinaik taraf sebagai tempat membasuh tangan.

Pihak Rapid KL menasihatkan orang ramai yang menggunakan pengangkutan awam tidak meniru perilaku kurang sopan itu dan lebih beretika dalam menjaga keselesaan bersama.

Advertisement

Mentaliti kelas rendah

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan berasa kesal melihat perlakuan sebegitu yang bersifat mementingkan diri sendiri.

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel