Connect with us

Pilihan Editor

‘Berehatlah Cikgu..’ – 2 Hari Hilang & Panggilan Telefon Tidak Dijawab, Orang Ramai Temui Mayat Guru Dalam Semak

Selepas dua hari panggilan telefon dari ahli keluarga tidak dijawab, akhirnya berita kehilangan seorang guru berhasil dirungkai apabila orang ramai menemui mayatnya di kawasan semak Kampung Daling, Padang Tengku.

Menerusi Utusan Malaysia, Tengku Suhaimi Tengku Yusoff, 54, ditemukan terbaring dalam kenderaan pacuan empat roda jenis Ford Ranger dan tiada sebarang kesan kecederaan atau kesan darah serta tiada sebarang senjata ditemukan dalam kereta atau di kawasan berhampiran.

Allahyarham yang juga merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Indera Petra, Gua Musang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Gua Musang.

Ditemui dalam kenderaan pacuan empat roda

Hal tersebut dimaklumkan sendiri oleh Ketua Polis Lipis, Superintenden Azli Mohd. Noor apabila pihak mereka berjaya menghubungi keluarga mangsa menerusi plat kereta yang digunakan Allahyarham.

Advertisement

“Hasil siasatan mendapati kenderaan pacuan empat roda itu berwarna kelabu metalik, manakala pemeriksaan ke atas nombor plat mendapati pemiliknya merupakan seorang wanita.

“Polis berjaya memperoleh nombor telefon wanita itu lalu menghubunginya dan dia mengakui isteri kepada mangsa yang ditemukan dalam kenderaan tersebut,” katanya.

Lebih dua minggu hilang

Difahamkan, isteri mangsa memberitahu yang suaminya sudah 2 hari tidak balik  dan telah banyak kali cuba menghubunginya namun gagal.

Hasil siasatan juga tidak menemukan unsur jenayah, kecederaan, atau senjata api di tempat kejadian.

“Hasil bedah siasat semalam mengesahkan guru tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung dan siasatan lanjut masih dijalankan,” jelasnya lagi.

Anak luah rasa

Sehubungan dengan itu, anak Allahyarham iaitu Tengku Aqilah Wardah telah memuat naik satu perkongsian meluahkan rasa sayang terhadap bapanya yang telah pergi.

Pihak mereka juga memohon agar segala salah dan silap bapanya dapat dimaafkan dan reda dengan ketentuan daripada Allah S.W.T.

Advertisement

Sumber: Utusan Malaysia (Haris Fadilah Ahmad), FB Tengku Aqilah Wardah

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel