Connect with us

Terkini

(Video) Suami Kantoi Curang Dengan Janda, Suruh Kahwin Tak Nak Pula!

Hati isteri mana yang tak remuk dan sedih bila dapat tahu suami tersayang mempunyai perempuan simpanan tanpa pengetahuannya. Apa yang lebih menyakitkan hati, apabila si isteri sendiri menjadi saksi suaminya berlaku curang.

Namun, sebuah video dikongsi seorang wanita dari Indonesia mencuri perhatian, berikutan dia dilihat begitu ‘kuat’ selepas mengetahui suaminya berlaku curang.

Menerusi video pendek dikongsi, wanita ini mendakwa suaminya berlaku curang dengan seorang janda anak satu dan hubungan ‘istimewa’ tersebut telah menjangkau tempoh dua tahun.

“Punya perempuan simpanan 2 tahun baru dapat tahu. Bergaduh tidak, nangis tidak.”

Advertisement

Wanita cekal ini dilihat begitu kuat meskipun telah ditipu oleh suami sendiri bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah wanita ini meminta supaya pasangan tersebut disatukan dan disaksikan oleh ahli keluarganya yang lain.

Namun, si suami dan teman wanitanya dilihat seolah-olah merayu dan tidak mahu berkahwin seperti mana yang disuruh oleh isterinya.

“Datang bersama keluarganya dan minta kahwinkan mereka. InsyaAllah saya kuat.”

Mengulas lebih lanjut, pemilik video ini menceritakan dia dan suaminya sudah 13 tahun bersama dan dikurniakan dua cahaya mata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dilihat begitu puas hati dengan tindakan yang diambil oleh wanita ini dan turut mendoakan dia supaya terus kuat mendepani hari-hari yang mendatang.

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel