Connect with us

Jenayah

Pesara Tentera Dilapor Maut Dipijak Anak Kandung

Kejadian di Kampung Jenderam Hulu, Dengkil, seorang pesara tentera yang berumur 73 tahun disahkan meninggal dunia selepas dipukul dan dicederakan oleh anak kandungnya yang mempunyai masalah sakit mental.

Menerusi laporan Kosmo, anak kandung mangsa yang merupakan suspek utama bukan sahaja mencederakan mangsa dengan pisau pemotong kek, namun, dia turut memijak kepala dan muka mangsa.

Suspek hilang kawalan sebelum mengamuk

pesara tentera
Wan Kamarul Azran (Foto: Kosmo)

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, menurut siasatan, suspek didapati telah hilang kawalan sebelum mengamuk dan memukul mangsa. Suspek juga difahamkan sudah lama tidak mengambil ubat penenang menyebabkan perbuatannya itu tidak dapat dikawal.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, mangsa terbaring dalam keadaan berlumuran darah terutama di bahagian muka termasuk kesan luka akibat torehan pisau di beberapa bahagian badan.”

“Mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dipercayai dipijak bertubi-tubi oleh suspek. Mangsa juga cedera di bahagian dada dan kedua-dua belah tangan.”

“Laporan bedah siasat mendapati, mangsa maut akibat kecederaan parah di muka dan retak di bahagian tengkorak.”

Advertisement

“Mangsa yang juga mempunyai anemia dan sawan telah dibawa ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.”

Semoga keluarga mangsa redha dan kuat menerima dugaan yang menimpa ini. Semoga suspek diberikan ubat dan kawalan yang sepatutnya agar tidak mengulangi perbuatan seperti ini lagi.

Sumber: Kosmo

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel