Connect with us

Terkini

Mayat Lelaki Ditemukan, Dipercayai Mangsa Lemas Banjir Pertama

SHAH ALAM, 19 Dis (Bernama) — Satu mayat lelaki, dipercayai mangsa lemas pertama banjir di Selangor, ditemukan di jalan masuk utama ke Pangsapuri Alam Idaman, Seksyen 22 dekat sini malam ini.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata pihaknya menerima maklumat berkenaan penemuan mayat lelaki berusia lingkungan 30-an, yang merupakan penghuni Pangsapuri Residensi Hijauan, Seksyen 22 kira-kira pukul 7.50 malam.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut, katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu tular di media sosial berkenaan penemuan satu mayat lelaki oleh orang awam selepas paras air di hadapan pangpapuri itu mulai surut.

Advertisement

Sementara itu Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis menafikan dakwaan di laman Twitter kononnya bot persendirian tidak dibenarkan untuk digunakan bagi menyelamatkan mangsa banjir di kawasan Taman Sri Muda, Seksyen 25 dekat sini.

“Tak. Bomba tak pernah cakap, (namun) berisiko jika bot mengalami kemalangan,” katanya.

Sumber: Bernama

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel