Connect with us

Terkini

Tular Video Mangsa Banjir Pecah Masuk Kedai Cari Makanan

Tular sebuah video memaparkan sekumpulan individu, dipercayai mangsa terkandas banjir bertindak memecah masuk kedai serbaneka.

Menurut laporan Bernama, pihak polis mengesahkan bahawa berlaku beberapa kejadian pecah masuk ke kedai serbaneka di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam yang kini sedang mengalami banjir teruk.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib berkata kejadian dipercayai berlaku pada sekitar jam 1 petang ke 2 petang, antaranya membabitkan Mydin, KK Mart, 7Eleven dan pasar raya Gmart.

Jelas Baharudin, keadaan buat masa ini terkawal dan elemen cegah jenayah digerakkan dengan bantuan dari Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk memastikan tiada lagi kejadian pecah masuk ke kedai berlaku di kawasan tersebut.

Advertisement

Taman Sri Muda antara salah satu lokaliti paling teruk terjejas dalam insiden banjir di Lembah Klang. Malah dikhabarkan masih ramai mangsa yang terkandas di sana menunggu bantuan.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel