Connect with us

Viral

“This Is Common Sense Kan Tan Sri?”- Mangsa Banjir Luah Perasaan K’jaan ‘Tiada’ Sewaktu Kritikal

Sebuah video yang dirakam di sebuah pusat pemindahan banjir di Hulu Langat, Selangor telah tular apabila ada seorang mangsa banjir di Taman Sri Nanding berani meluahkan perasaannya dan pengalaman banjir yang dihadapinya kepada Tan Sri Noh Omar, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Wanita tersebut mendakwa telah menelefon Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan juga kem tentera di Sungai Besi untuk membantu penduduk di kawasan penempatan tersebut.

Beliau mempersoalkan kenapa agensi kerajaan hanya datang pada waktu air sudah surut? Menurutnya, sewaktu keadaan sedang kritikal, tiada satu pun agensi kerajaan yang datang membantu mereka.

“Kenapa agensi kerajaan datang pada pagi semasa air sudah surut. Semasa keadaan kritikal, air dah sampai tahap bumbung rumah, tak ada sebarang agensi kerajaan datang menolong, kecuali JPAM yang difahamkan hanya menghantar tiga bot di kawasan Hulu Langat.”

Advertisement

“Sudah tentulah tan sri, tiga bot tak mencukupi untuk menolong semua warga Hulu Langat.”

“This is common sense, kan tan sri?”

Wanita ini juga memberitahu, hanya warga asing, iaitu tiga rakyat Indonesia yang datang membantu mereka dengan mendayung sampan untuk menyelamatkan anak salah seorang penduduk di taman perumahan tersebut yang terperangkap atas bumbung rumah.

“Itu yang datang menolong kami, rakyat asing. Di mana agensi kerajaan waktu itu?”

@malaysianupdatenewsWanita luah perasaan & pengalaman banjir yang dihadapinya kepada Tan Sri Noh Omar. ##beritaditiktok ##viralnewsmalaysia ##banjir2021 ##malaysianupdate

♬ original sound – Malaysian Update

Advertisement

Menerusi video yang tersebar itu, ramai netizen yang menyokong tindakan wanita tersebut kerana berani meluahkan perasaannya kepada menteri tersebut.

Sumber: Instagram

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel