Connect with us

Jenayah

Curi Duit RM25 Juta: Pegawai Kanan SPRM Ditahan Di Penjara Simpang Renggam

Polis menahan seorang daripada tiga pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dikaitkan dengan kehilangan barang kes, iaitu wang tunai berjumlah RM25 juta yang disita badan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Razarudin Husain berkata, pegawai berusia 40 tahun itu sedang ditahan di Penjara Simpang Renggam, Johor.

“Siasatan dilakukan mengikut Akta LLPK (Akta Langkah-Langkah Pencegahan Khas) dan pegawai berke­naan sedang menjalani hukuman atas kesalahan berkaitan dadah,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Abd. Ja­lil Hassan berkata, siasatan salah guna kuasa dan penyelewe­ngan barang kes melibatkan tiga kakitangan SPRM itu hampir selesai.

Advertisement

“Kita masih menunggu maklum balas pihak DPP (Timbalan Pendakwa Raya) berhubung siasatan berkenaan,” katanya.

Oktober lalu, seorang daripada mereka dilaporkan disiasat atas kesalahan membabitkan pengedaran dadah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Razarudin Husain berkata, suspek dipercayai terbabit dalam pengedaran dadah sejak setahun lalu.

SPRM sebelum ini mengesahkan tiga pegawai kanannya ditahan bagi membantu siasatan berkait dakwaan salah guna kuasa serta penyelewengan dalam urusan kes seorang bekas ketua jabatan.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel