Connect with us

Global

Gempa Bumi 7.3 Magnitud Landa Pantai Indonesia

JAKARTA: Gempa bumi berkekuatan 7.3 pada skala Richter melanda pantai wilayah Maluku, Indonesia pada awal pagi ini.

Menurut Pusat Kaji Selidik Geologi Amerika Syarikat (USGS) dalam satu kenyataan, tiada laporan mengenai amaran tsunami, mahupun kemalangan jiwa atau kerosakan.

Gempa luar pesisir itu berlaku sekitar 3.25 pagi waktu tempatan (1825 GMT Rabu) dan melanda pada kedalaman 166 kilometer, kira-kira 120 kilometer timur laut bandar Lospalos.

Indonesia sering mengalami gempa bumi kerana kedudukannya di Lingkaran Api Pasifik yang mengunjur dari Jepun melalui Asia Tenggara dan merentasi lembangan Pasifik. – AFP

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel