Connect with us

Sukan

Thailand ‘Hancurkan’ Indonesia 4-0

Gelaran ‘Raja Bolasepak Asia Tenggara’ hampir berada dalam genggaman Thailand selepas juara lima kali itu membenam Indonesia 4-0 pada aksi final pertama Piala AFF 2020, semalam.

‘Messi Thailand’, Chanathip Songkrasin yang cemerlang pada separuh akhir terus menjadi pemusnah apabila dua jaringannya membantu skuad ‘Gajah Perang’ memiliki kelebihan besar menuju ke final kedua, Sabtu ini.

Kapten Thailand itu meletakkan pasukannya di depan seawal minit kedua selepas menyambut hantaran Philip Roller untuk menewaskan penjaga gol lawan, Nadeo Argawinata.

Permainan pantas Thailand yang banyak bergerak menerusi sayap menjadi ancaman terbesar Indonesia.

Advertisement

Bersambung babak kedua, Indonesia yang sedang mengancam kubu Thailand terpaku dengan serangan balas pantas Thailand yang disudahkan oleh Chanathip untuk gol kedua mereka pada minit ke-51.

Anak buah Shin Tae Yong mensia-siakan peluang terbaik untuk mengikat kedudukan pada minit ke-40 apabila percubaan Alfeandra Dewangga yang hanya berdepan Siwarak Tedsungnoen melambung tinggi.

@malaysianupdatenews Thailand ‘Hancurkan’ Indonesia 4-0. #beritaditiktok #viralnewsmalaysia #malaysianupdate #affsuzukicup2020 #fyp #foryou #indonesia #thailand ♬ dj buaya remix ikyy pahlevii – YT : Ikyy Pahlevii

Selepas percubaan penjaring terbanyak Indonesia, Irfan Jaya pada minit ke-61 diselamatkan Siwarak, Thailand beroleh gol ketiga enam minit berselang menerusi Supachok Sarachat sebelum Bordin Phala melengkapkan pesta gol pasukannya, tujuh minit sebelum tamat perlawanan. – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel