Connect with us

Jenayah

Tumbuk Hidung Isteri Hingga Koyak, Penoreh Dipenjara 5 Tahun

KOTA BHARU: Penoreh getah yang menumbuk hidung isterinya hingga koyak menerima balasan setimpal apabila dihukum penjara lima tahun selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Fakrullah Mukhatar, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa mendatangkan kecederaan parah ke atas mangsa yang berusia 39 tahun di rumah mereka di Chuchoh Puteri A, Kuala Krai kira-kira pukul 10.30 pagi, 21 Disember lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Advertisement

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Abu Arsalnaa Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Abu Arsalnaa memohon hukuman setimpal dikenakan terhadap tertuduh kerana telah menyebabkan bahagian hidung isterinya dijahit sembilan jahitan manakala tertuduh dalam rayuannya meminta hukuman ringan kerana telah berbaik semula dengan isterinya.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama lima tahun bermula hari ini.

Mengikut fakta kes, mangsa pada mulanya cuba menenangkan suaminya yang secara tiba-tiba mengamuk namun tertuduh bertindak memukulnya, menyebabkan wanita itu memanggil tertuduh ‘dayus’.

Berang dengan panggilan tersebut, tertuduh hilang kawalan lalu bertindak menumbuk muka isterinya dengan tangan kanan, tepat di bahagian atas hidung wanita itu sehingga terkoyak dan berdarah.

Advertisement

Sumber: Utusan Online

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel