Connect with us

Viral

(Video) ‘Kan Dah Kena Saman! Pentingkan Diri Sendiri Tak Tengok Orang Belakang’

Tular di media sosial, sebuah video memaparkan sebuah kereta dimana pemiliknya meletakkannya di tengah simpang jalan.

Berdasarkan daripada video tular tersebut, Pihak Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) telah mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman terhadap pemilik kenderaan terbabit.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan menerusi laman Facebook rasmi Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT):

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) mengesan satu video yang dimuatnaik di laman Facebook DashCam Owners Malaysia pada 29 Disember 2021 berkenaan sebuah motokar jenis Toyota Prius yang dipandu oleh seorang lelaki meletakkan kenderaannya di tengah simpang jalan 52 Jalan Saw Seong Peck, Ipoh Perak.

Advertisement

Ekoran itu, JSPT Perak telah menjalankan siasatan awal dengan pergi ke alamat rumah pemilik motokar tersebut dan siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada 28/12/2021. Kemudian lelaki tersebut telah diberikan amaran dan dikenakan saman atas kesalahan halangan lalu lintas jalan.

JSPT memandang serius kelakuan pemandu kenderaan yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas dan bersifat ‘selfish’ tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain. Kerjasama netizen dalam menyalurkan sebarang video dan gambar kesalahan yang dilakukan oleh pengguna jalan raya yang lain amat kami hargai.

Rata-rata netizen berasa amat kesal dengan perbuatan lelaki terbabit yang mementingkan dirl dan berharap tindakan tegas yang di ambil oleh pihak polis dapat memberi pengajaran kepadanya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel