Connect with us

Jenayah

Long Tiger Upah RM30,000 Bantu Loloskan Diri?

Penjenayah paling dikehendaki berketurunan Rohingya, Long Tiger dikatakan memberi upah yang lumayan kepada tiga individu sebagai balasan membantunya untuk melo­loskan diri ke negara jiran sama ada Indonesia atau Thailand.

Long Tiger atau nama sebenarnya, Abdul Hamim Ab. Hamid, 32, dikatakan menawarkan upah antara RM20,000 hingga RM30,000 untuk membawanya ke utara tanah air melalui jalan darat dengan menaiki kereta.

Bagaimanapun, polis masih menyiasat jumlah sebenar upah yang diberikan itu.

Difahamkan, Long Tiger me­ngarahkan mereka menggunakan jalan dalam dan bukannya lebuh raya untuk mengelakkan dirinya dikesan lebih awal.

Advertisement

Sebaik meloloskan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak dekat sini pada 15 Disember lalu, dia telah bertemu beberapa individu bagi mencari bantuan membawanya ke lokasi selamat sebelum menjadikan rumah kenalannya di Kuala Ketil, Sungai Petani Kedah untuk bersembunyi.

Rumah itu didiami seorang lelaki berpewatakan wanita. Pihak berkuasa dikatakan telah berjaya mengesan kedudukan Long Tiger beberapa hari sebelum menahannya.

Ketika operasi, Long Tiger cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung, namun tergelincir dan jatuh di lantai dapur rumah.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, rumah itu dijadikan transit sebelum suspek menunggu masa sesuai untuk menyusup ke negara jiran.

Katanya, polis yang menerima maklumat kemudian telah me­lakukan serbuan dan menahannya pada pukul 3.15 petang kelmarin iaitu 13 hari selepas dia meloloskan diri.

Advertisement

“Kita turut menahan seorang lelaki berusia 46 tahun di Kuala Ketil. Dia berkenalan dengan Long Tiger melalui Facebook sejak tahun lalu.

“Di rumah itu, Long Tiger merancang untuk melarikan diri sama ada ke Indonesia atau Thailand,” katanya pada sidang akhbar seperti dilaporkan Kosmo!

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel