Connect with us

Jenayah

Polis Dapat Sambung Reman Long Tiger Dan Tiga Rakan Subahat Hingga Isnin

Tempoh reman ke atas Long Tiger, lelaki etnik Rohingya yang ditahan semula selepas melarikan diri dari lokap Mahkamah Majistret Tangkak pada 15 Dis lepas, disambung dua hari lagi hingga Isnin depan.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay dalam kenyataan berkata tiga lagi lelaki dipercayai rakan Long Tiger, turut disambung reman bagi tempoh sama, menurut laporan Bernama.

Majistret Zaridah Y. Abdul Jaafar membenar lanjutan reman tersebut menerusi permohonan di Mahkamah Majistret Tangkak, hari ini.

Sebelum ini Long Tiger atau Abdul Hamim Ab Hamid, 32, dan tiga lelaki berusia 36, 38 dan 46 tahun dibenarkan direman empat hari bermula Rabu lepas hingga hari ini oleh Mahkamah Majistret Tangkak.

Advertisement

Abdul Hamim yang berjaya ditahan semula di Kedah pada 28 Dis lepas disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan manakala tiga lelaki itu mengikut Seksyen 216 kanun sama kerana menyembunyikan tahanan.

Pada 15 Dis lepas, Abdul Hamim dipercayai meloloskan diri melalui pintu utama mahkamah pada pukul 11.55 pagi sebelum bermula perbicaraan kes mengikut Seksyen 388 Kanun Keseksaan kerana pemerasan.

Abdul Hamim pada masa sama turut berdepan dua perbicaraan bagi pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mengugut dan mengurung bekas pekerjanya serta Seksyen 376 kanun sama kerana merogol.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel