Connect with us

Global

Berjaya Lukis Peta Kampung, Lelaki Sebak Bertemu Semula Ibu Kandung Selepas Diculik Lebih 30 Tahun Lalu

Diculik lebih 30 tahun lalu, seorang lelaki di China kembali bersatu bersama ibu kandungnya setelah dia berjaya melukis peta kampung, lapor Daily Mail.

Menurut laporan ketika usianya baru berusia empat tahun, Li Jingwei dilapor diculik pada tahun 1989 semasa seorang jiran berkepala botak yang cuba menarik perhatian dia dengan memberikan mainan, kata Jingwei kepada The Paper China melalui Daily Mail.

Dia kembali bertemu ibu kandungnya selepas 33 tahun apabila dia berjaya melukis peta rumah asalnya.

Jing Wei, 37 merupakan seorang bapa yang sudah berkahwin. Dia dibesarkan di Henan, Utara Tengah China selepas dia diculik.

Advertisement

Katanya, dia sentiasa merindui keluarganya pada setiap malam sejak dia masih kecil.

Apabila dia mengetahui tentang beberapa orang kanak-kanak lain yang diculik dan dapat bertemu kembali dengan keluarga mereka seperti apa yang berlaku ke atas GaoXinzhen, Jingwei turut berkongsikan peta kampung asal yang dilukisnya.

Perincian peta yang dilukis oleh Jingwei mengejutkan orang ramai kerana dia melukis perincian peta yang turut memasukkan rupa rumah tertentu di sana dan cara bagaimana orang kampung memasak nasi.

Polis kemudiannya memadankan peta itu dengan sebuah kampung di Zhaotong, iaitu sebuah bandar pergunungan di Yunnan, Barat Daya China.

Ujian deoxyribonucleic acid (DNA) mengesahkan Jingwei adalah anak kepada seorang wanita yang kehilangan anak lelaki. Mereka berdua disatukan semula pada Hari Tahun Baru.

Advertisement

Mengimbas kembali kejadian yang berlaku pada 1989 Encik Jingwei dilaporkan telah diculik dan dijual kepada sebuah keluarga di Lankao, sekitar 1930 kilometer dari rumah asalnya.

Tambah laporan, Encik Jingwei telah diculik ketika dia berumur empat tahun tetapi dia telah melukis peta kampungnya setiap hari untuk memastikan dia tidak melupakan rumah asalnya.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel