Connect with us

Global

Lelaki Naik Berang Jiran Nak Kahwin Orang Lain, Cekik Mangsa Sampai Mati Sebelum Rogol

Seorang lelaki di Keluharan Bagan Deli Medan, Indonesia bertindak mencekik bakal pengantin sampai mati lalu tergamak merogol mayat wanita malang tersebut.

Menurut Ketua Polis Pelabuhan Belawan, Faisal Ramhat Hussien Simatupang, badan mangsa yang berusia 19 tahun itu ditemui dengan bekas cekikan di leher mangsa dan ditemui sudah tidak bernyawa di dalam sebuah bilik.

Walau bagaimanapun, pihak polis berjaya menahan dua jiran mangsa dan salah seorangnya mengaku dia mencintai mangsa serta sempat merogol wanita berkenaan.

Lebih mengejutkan lagi apabila suspek dikatakan mengaku cemburu kerana gadis berkenaan ingin bernikah dengan orang lain dan enggan memberikan pinjaman wang.

Advertisement

“Suspek turut mengambil sebuah telefon bimbit, wang tunai dan cincin emas milik mangsa selepas melakukan perbuatan kejam tersebut.”

Difahamkan, kes berkenaan berlaku disebabkan kedua-dua suspek berada di bawah pengaruh dadah jenis syabu serta berniat jahat mencuri di dalam kampung tersebut.

“Kebetulan masa itu, mereka melihat rumah mangsa kosong dan masuk ikut tingkap dan mencekik mangsa sampai mati.”

“Kejadian bertambah teruk apabila suspek mengetahui mangsa sudah meninggal dunia, namun sempat mengambil kesempatan untuk merogol mayat berkenaan.”

Sumber : Tribun News

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel