Connect with us

Kemalangan

(Video) Myvi dan Civic remuk dihempap pokok tumbang

Malang tidak berbau. Itulah peribahasa yang dapat digambarkan mengenai satu kejadian yang berlaku di persimpangan lampu isyarat di Wangsa Maju.

Dua buah kereta mengalami kerosakan akibat dihempap sebatang pokok tumbang berhampiran Masjid Usamah Bin Zaid di Jalan 2/27A, Wangsa Maju di Kuala Lumpur pada Jumaat.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 4.45 petang.

“Seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju dikejarkan ke lokasi.

Advertisement

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati terdapat pokok tumbang menghempap kereta Honda Civic dan Perodua Myvi yang diletakkan di jalan berkenaan hingga menyebabkan remuk dan rosak,” kata kenyataan itu pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, pokok tersebut tumbang susulan anging kencang dan hujan lebat yang melanda kawasan berkenaan.

Tambahnya, anggota bomba bertindak memotong dan mengalihkan pokok itu dengan bantuan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Dalam video berdurasi satu minit itu, pokok tumbang dilihat menghempap dua kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kesemua penumpang bernasib baik kerana tidak mengalami kecederaan serius.

“Tiada mangsa dilaporkan cedera dan operasi tamat sepenuhnya pada jam 6.20 petang,” katanya.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel