Connect with us

Global

Enam dilapor maut dalam bangunan runtuh di china

BEIJING – Sekurang-kurangnya enam maut manakala 20 orang lagi terperangkap selepas satu letupan berlaku hari ini mengakibatkan sebuah bangunan menempatkan kantin kerajaan runtuh di bandar Chongqing, China, menurut media tempatan.

Letupan yang berlaku pada 12:10 tengah hari ‘disyaki berpunca daripada kebocoran gas’ di sebuah kantin dan mengakibatkan bangunan bersebelahannya runtuh, sekali gus memerangkap mangsa di dalamnya, menurut laporan People’s Daily.

Pihak berkuasa menghantar kira-kira 260 petugas menyelamat dan 50 buah kenderaan ke tapak kejadian, penyiar CCTV melaporkan, dan menambah punca letupan masih dalam siasatan.

Sebuah video yang dimuat naik di laman rasmi jabatan bomba China melalui Weibo menunjukkan petugas memakai topi keselamatan mencari mangsa di bawah runtuhan.

Advertisement

Sekurang-kurangnya sembilan mangsa berjaya diselamatkan, menurut jabatan bomba.

Agensi berita rasmi Xinhua berkata beberapa orang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital, tanpa memberikan sebarang butiran.

Paparan video yang dimuat naik di media sosial oleh CCTV menunjukkan asap dan debu berterbangan dari bangunan runtuh di daerah Wulong, di pinggir bandar mega bahagian barat daya.

Saksi memberitahu Phoenix TV bahawa letupan itu ‘sangat mengerikan…jendela kami semuanya pecah.’

Pegawai kerajaan telah membangunkan ‘ibu pejabat tindak balas kecemasan di tapak tersebut’ untuk mengarahkan kerja-kerja menyelamat dan memberikan rawatan perubatan, lapor People’s Daily.

Advertisement

Kebocoran gas dan letupan adalah sesuatu yang jarang berlaku di China, gara-gara standard keselamatan yang rendah dan rasuah di kalangan pegawai yang bertugas.

Pada Jun, 25 orang terbunuh dalam letupan gas yang meranapkan kawasan kediaman dan merosakkan bangunan dua tingkat yang penuh dengan pelanggan.

Kira-kira lapan suspek, termasuk pengurus besar syarikat pemilik paip gas, ditahan selepas kerajaan berkata ‘sistem pengurusan keselamatan syarikat tidak kukuh’. – AFP

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel