Connect with us

Terkini

Kenyataan Abu Zahar Berhubung Azam Baki Adalah Pandangan Peribadinya – Enam Anggota LPPR

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) — Enam anggota Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (LPPR) hari ini berkata kenyataan media yang dikeluarkan oleh pengerusi LPPR Tan Sri Abu Zahar Ujang Rabu lepas berhubung kontroversi melibatkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki, tidak menggambarkan pendangan sebenar mereka.

Dalam kenyataan yang ditandatangani hari ini, mereka berkata kenyataan Abu Zahar dalam sidang media itu, termasuk kenyataan beliau bahawa tiada perbuatan jenayah dilakukan atau berlaku konflik kepentingan dalam kes itu, adalah pandangan peribadi pengerusi LPPR itu semata-mata.

Dalam persidangan media Rabu lepas Abu Zahar berkata selepas perbincangan panjang lebar susulan perjumpaan dengan Azam Baki pada 24 Nov, Lembaga itu mendapati bahawa Azam tidak memiliki manfaat kewangan dan atau kepentingan berhubung isu saham yang dimilikinya dan berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Azam.

“Kami sebulat suara ingin menyatakan bahawa anggota Lembaga Pengarah pada mesyuarat itu atau pada bila-bila masa selepas itu tidak menyatakan pendapat seperti yang dinyatakan Abu Zahar.

Advertisement

“Kami juga ingin menyatakan bahawa komen-komen berkenaan adalah pandangan peribadi Abu Zahar sepenuhnya,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Tan Sri Ismail Omar; Datuk Seri Azman Ujang; Datuk Seri Akhbar Satar; Datuk Dr Hamzah Kassim; Datuk David Chua Kok Tee; dan Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.

Tujuh anggota LPPR yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong itu antara lain memainkan peranan untuk menasihati SPRM berhubung pelbagai aspek masalah rasuah di Malaysia di samping meneliti serta mengesahkan sumber-sumber yang diperlukan oleh Suruhanjaya itu bagi memastikan keberkesanannya.

Menurut kenyataan itu sebelum sidang media berkenaan, ahli LPPR mengadakan perbincangan berasingan dengan Abu Zahar dan mencadangkan supaya perkara itu dirujuk selanjutnya kepada mana-mana jawatankuasa bebas seperti Jawatankuasa Khas Parlimen Mengenai Rasuah dan Panel Aduan SPRM.

“Bagaimanapun pandangan kami tidak dibangkitkan pada persidangan media Abu Zahar. LPPR tidak mempunyai kuasa bagi menyiasat, memandangkan ia dibangunkan sebagai Lembaga Penasihat

Advertisement

“Kami perlu membuat penjelasan ini bagi menjaga integriti LPPR dan institusi berkenaan,” katanya.

Sumber: BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel