Connect with us

Viral

Menangis lihat gambar arwah bapa yang baru sebulan meninggal selepas 30 tahun terpisah dari keluarga kandung

Sebak rasa hati apabila adik beradik yang berpuluh tahun terpisah kembali ke pangkuan keluarga.

Namun apa yang lebih memilukan apabila mereka tidak sempat melihat pemergian orang tua walaupun baru berkesempatan bertemu dengan keluarga kandung.

Menerusi satu perkongsian dilaman sosial TikTok oleh @zielabiejalut apabila adiknya bertemu semula keluarga kandung selepas 30 tahun terpisah.

Menurut @zielabiejalut, adiknya terpaksa diserahkan kepada keluarga angkat kerana ibu bapa tidak mampu ketika dulu dan keputusan tersebut dilakukan demi memastikan anaknya mendapat kehidupan yang lebih baik.

Advertisement

Walau bagaimanapun, adik kepada pengguna Tiktok berkenaan langsung tidak menyalahkan ibu kandungnya dan menganggap apa yang dilakukan dahulu adalah yang terbaik buat masa itu.

Namun, suasana menjadi bertambah pilu setelah adiknya tidak sempat menatap wajah bapa kandung kerana allahyarham baru sahaja meninggal dunia kira-kira sebulan yang lalu.

Menurut wanita itu lagi, mereka tidak dapat berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan kejadian 30 tahun lalu, namun cukup sekadar memberitahu yang mereka sekeluarga sukar mengesan keberadaan adik memandangkan tidak menyimpan dokumen kelahirannya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet mengakui sebak melihat situasi berkenaan kerana faham akan kerinduan yang masing-masing tanggung selama 30 tahun dan mendoakan agar hubungan kekeluargaan yang terbina kekal akrab hingga ke akhir hayat walaupun  sudah lama terpisah.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel