Connect with us

Global

Serangan mengejutkan ikan piranha, 4 maut dan 20 cedera ketika mandi sungai

Empat orang telah ditemui maut manakala 20 yang lain cedera selepas diserang ikan piranha dalam beberapa kejadian yang mengejutkan seluruh Amerika Selatan di Sungai Paraguay.

Kematian pertama menjelang tahun baru berlaku pada hari Ahad yang lalu melibatkan seorang lelaki berusia 22 tahun yang hilang ketika sedang mandi di sungai tersebut.

Mayat mangsa ditemui lebih kurang 45 minit kemudian dengan beberapa bahagaian badannya didapati telah hilang dan dimakan oleh ikan piranha.

Serangan kedua pula berlaku kepada lelaki berusia 49 tahun yang dilaporkan hilang di sungai tersebut selama satu jam sebelum ditemui dalam keadaan wajah yang dipenuhi kesan gigitan.

Advertisement

Dua individu lain pula dilaporkan terbunuh dengan kesan gigitan pada badan di Sungai Tebicuary, Villa Florida di Misiones.

Ahli biologi Argentina, Julio Caply mendedahkan bahawa walaupun terdapat lapan spesies piranha di negara itu, serangan ikan piranha biasanya dilakukan oleh dua spesies iaitu serrasalmus marginatus dan serrasalmus maculatus.

Menurut beliau, ikan pembunuh yang kebanyakannya terdapat di sungai Parana dan Paraguay cenderung untuk bersembunyi di bawah tumbuhan terapung sebelum keluar secara tiba-tiba untuk menyerang mangsa.

Orang ramai kini telah diberi amaran untuk mengelakkan daripada mandi sungai semasa musim panas iaitu ketika waktu ikan ini membiak.

 

Advertisement

Sumber: Daily Mail

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel