Connect with us

Terkini

(Video) “Stop kecam dia, dia tak sihat. kesian keluarga dia” – Wanita ini dakwa didatangi Rasulullah SAW

Seorang wanita mengundang kecaman netizen apabila mendakwa dia didatangi Rasulullah SAW ketika berada di dalam sebuah hotel di Makkah.

Menerusi sesi live di Facebook, wanita ini dikatakan menyebarkan dakyah-dakyah yang boleh mengelirukan orang ramai. Walau bagaimanapun, ada dakwaan mengatakan wanita ini sedang berada dalam keadaan kecelaruan.

Menerusi screenshot komen yang tular di media sosial, seorang individu yang mengaku sebagai kakak memohon maaf dan merayu orang ramai berhenti mengecam adiknya.

Kata individu ini lagi, pihaknya sedang berusaha untuk menasihati wanita itu daripada berterusan membuat kenyataan di Facebook live.

Advertisement

Memetik laporan Harian Metro, pendakwah bebas yang juga Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman tidak menolak kemungkinan wanita berkenaan menghadapi masalah berkaitan mental.

Dia hanya ulang perkataan sama yang kita semua sudah tahu seperti Na’am dan Ya Habibi. Ada juga sebutan Lakh yang tidak ada makna di dalam bahasa Arab.

Selain itu, dia ada sebut neraka jahanam, itu sudah tentu perkataan yang tidak disebut Rasulullah, jadi macam mana dia boleh berkomunikasi begitu.

Tambahnya, untuk memastikan tiada individu yang terpengaruh, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa agama mengambil tindakan ke atas wanita itu.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel