Connect with us

Hiburan

Irwansyah tarik balik laporan polis terhadap adik walaupun dianiayai hingga rumah & kereta disita

PBaru-baru ini tular tentang rumah dan kereta milik penyanyi Indonesia, Irwansyah yang disita pihak bank gara-gara dianiayai adik kandungnya.

Adiknya, Hafiz Fatur telah memalsukan tandatangan Irwansyah untuk membuat pinjaman bank sebanyak 2 billion Rupiah (RM600,000).

Namun, Irwansyah menarik semula laporan polis terhadap adiknya yang telah menyebabkan rumah dan keretanya disita pihak bank.

“Kemungkinan akan kami tunda atau menarik semula laporan terhadap Hafiz.”

Advertisement

Hafiz Fatur dilaporkan ke Balai Polis Metro Jakarta Selatan pada 19 November 2021 dengan dakwaan pemalsuan tanda tangan akaun pinjaman bank.

“Kami baru keluarkan surat berhubung penundaan pemeriksaan dan sekaligus menyampaikan bahawa kami memilih fokus ke tindakan sivil.”

Difahamkan, sehingga kini Hafiz Fatur yang didakwa masih berstatus sebagai buruan polis.

Terdahulu, Irwansyah menjadi salah seorang mangsa apabila Hafiz Fatur memalsukan dokumen dan tandatangan untuk membuat pinjaman wang berjumlah 2 bilion Rupiah (RM600,000) daripada bank.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel