Connect with us

Jenayah

Lelaki ditahan cabul rakan penyewa bilik rumah sama

Perbuatan tidak bermoral seorang lelaki yang mencabul rakan penyewa bilik rumah sama membawa padah apabila ditahan di sekitar daerah ini, semalam.

Suspek berusia 38 tahun itu dicekup kira-kira pukul 8 malam iaitu dalam tempoh 12 jam selepas melakukan aksi jenayah itu.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, kejadian berlaku ketika mangsa seorang wanita berusia 25 tahun berada di dalam sebuah bilik di rumah sewanya di Taman Gembira di sini.

Katanya, suspek yang juga penyewa bilik rumah sama telah memasuki bilik mangsa.

Advertisement

“Suspek yang hanya bertuala dan tidak berbaju itu kemudiannya telah mendekati dan memeluk mangsa dari bahagian hadapan.

“Mangsa telah bertindak menolak dan menepis tangan lelaki itu lalu berlari keluar dari biliknya untuk meminta bantuan sebelum membuat laporan polis,” katanya dalam kenyatan hari ini.

Tambah beliau, hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan Seksyen 380 Kanun Keseksaan.

Hoong Fong menegaskan suspek kini direman selama tiga hari dan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo Online

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel