Connect with us

Global

Pasangan suami isteri ini percaya anak boleh dihidupkan semula, nekad simpan jenazah anak dalam sebuah bilik lebih 2 bulan

Penduduk di Desa Plakaran, Kabupaten Pemalang, Jawa Tengah dilaporkan telah digemparkan dengan penemuan jenazah seorang remaja di dalam sebuah rumah yang dihuni oleh pasangan warga emas.

Memetik laporan Detik News, jenazah yang berusia 14 tahun itu dipercayai telah disimpan oleh ibu bapanya selama lebih dua bulan.

“Ibu bapanya masih yakin bahawa anak mereka boleh hidup kembali,” kata ketua kampung, Umroni.

Tambah Umroni, selama berbulan-bulan lamanya, mayat remaja itu telah diletakkan di dalam bilik di dalam rumah mereka yang sememangnya jauh dari jiran.

Advertisement

Menurut portal Kompas tv, pasangan suami isteri itu dikatakan mempercayai kepercayaan yang meyakini bahawa orang yang telah meninggal dunia dapat dihidupkan kembali dengan menggunakan proses ritual.

Sementara itu, hasil pemeriksaan kesihatan  yang dilakukan di klinik, punca kematian remaja itu dikatakan disebabkan oleh penyakit Tibi Pulmonari (Tuberkulosis) yang direkodkan sejak enam bulan lalu.

“Daripada hasil sejarah penyakitnya, dia didapati menghidap penyakit Tibi sejak enam bulan lalu. Manakala hasil pemeriksaan keadaan mayat, dia disyaki meninggal dunia sejak dua setengah bulan lalu,” ujar Umroni.

Ketika penduduk menyerbu rumah tersebut, mereka dikejutkan dengan kewujudan jenazah remaja itu yang telah diawetkan.

Rundingan dengan ibu bapa untuk mengebumikan mayat gadis itu sangat sukar sehingga seorang ketua agama, Ustaz Zaenuri turut ‘turun padang’ untuk menjelaskan hukum berhubung pengebumian jenazah.

Advertisement

Tidak lama selepas itu, mereka telah mencapai kata sepakat dan telah mengebumikan jenazah di kawasan perkuburan yang berdekatan dengan rumah mereka.

Sumber: Detik News

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel