Connect with us

Global

Netizen Indonesia dakwa kubur Upin Ipin ditemui di Sulawesi Tengah?

Animasi popular Upin Ipin didakwa ada kaitan dengan penemuan kubur milik karakter itu sehingga menjadi tular di Indonesia.

Satu video di laman TikTok dari Indonesia mengejutkan netizen apabila ia memaparkan rakaman dua kubur kecil yang tertulis nama watak kartun terkenal Malaysia, Upin dan Ipin.

Menurut laporan Suara.com, video yang dimuat naik di akaun TikTok @ABI_ALONK_3110 itu menunjukkan Upin Ipin meninggal dunia pada tahun 1995 dan 1996.

Seorang pengguna TikTok, @cryptoinvestorss menceritakan bahawa Upin dan Ipin adalah kejadian sebenar yang pernah berlaku di kampung halamannya.

Advertisement

“Jika mengikut kisah Upin dan Ipin di kampung saya di Palu,Sulawesi Tengah, mereka berdua bersama ibu bapanya meninggal dunia selepas terlibat kemalangan jalan raya.

“Hanya kakak mereka yang dikenali masyarakat sebagai Kak Ros yang terselamat. Kisah kartun kanak-kanak Upin Ipin mengambil inspirasi daripada kejadian ini,” jelasnya.

Memetik laporan Harian Metro, Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Sdn Bhd, Burhanuddin Radzi tampil memberi penjelasan bahawa pihaknya sudah lali dengan pelbagai idea gila berhubung animasi itu.

“Kami sudah lali dengan idea gila mengenai Upin Ipin dalam kalangan peminat kami memandangkan ia sangat popular. Ramai netizen ambil kesempatan terhadap popularitinya demi menaikkan akaun media sosial mereka.

“Ada kala, cerita yang mereka kaitkan dengan Upin Ipin tidak membuatkan anda berkenan namun ia sukar untuk dikawal. Paling terbaru adalah semalam. Saya terkejut apabila pasukan media baharu kami kongsi artikel berita dari Kompas, Indonesia.

Advertisement

“Mereka nyatakan artikel itu diambil daripada sebuah akaun di TikTok mengenai Upin Ipin meninggal dunia disebabkan kemalangan sewaktu bercuti di Sulawesi, Indonesia,” katanya.

Menurut Burhanuddin, dia turut menerima emel portal berita dari Jakarta yang meminta pengesahan daripadanya.

“Ia membuktikan betapa popularnya Upin Ipin di Indonesia. Saya juga digesa untuk mengeluarkan kenyataan di Facebook mengesahkan Upin Ipin masih sihat dan bersekolah serta peminat tidak patut risau,” katanya.

Ekoran penularan itu, Burhanuddin menyifatkan animasi itu jelas meninggalkan impak yang cukup hebat dan mereka perlu menggalas tanggungjawab besar untuk pastikan Upin Ipin jadi contoh terbaik.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel