Connect with us

Kemalangan

Kemalangan ngeri, penunggang motorsikal rempuh alza sebelum tercampak ke dalam gaung

Tular sejak semalam sebuah video rakaman ‘dashcam’ berdurasi 58 saat memaparkan detik sebuah motosikal yang ditunggang seorang individu merempuh bahagian hadapan kenderaan yang dipasang ‘dashcam’ terbabit.

Menurut laporan Harian Metro, seorang lelaki maut selepas tercampak ke dalam gaung sejurus motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dalam kejadian di KM 29 Jalan Keramat Pulai- Cameroon Highlands, kelmarin.

Difahamkan kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang itu menyebabkan lelaki berusia dalam lingkungan 30 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan, berkata siasatan awal mendapati motosikal jenis SYM Jetx yang ditunggang lelaki itu dari arah Cameron Highlands menghala Simpang Pulai hilang kawalan lalu memasuki lorong bertentangan.

Advertisement

Katanya, keadaan itu justeru menyebabkan berlaku pertembungan antara motosikal itu dengan MPV jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 40 tahun dari arah bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal terbabit tercampak ke dalam gaung sebelah kiri jalan sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Keadaan jalan di tempat kejadian adalah jalan lurus menuruni bukit, landai, mempunyai garisan tengah berkembar, rata berturap dan kering. Keadaan cuaca semasa kejadian adalah baik dan cerah di waktu siang,” katanya ketika dihubungi awal pagi tadi.

Beliau berkata, pemandu perodua Alza itu bagaimanapun tidak mengalami kecederaan serta tiada tangkapan dibuat bagi kes ini.

@malaysianupdatenews Rider hilang kawalan masuk laluan bertentangan terus langgar alza.Rider maut sangkut ats pokok. #beritaditiktok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Intense Hollywood movie style trailer music – Shota Low Matsumoto

Menurutnya, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh untuk menjalani bedah siasat.

Advertisement

Katanya, siasatan kes masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel