Connect with us

Terkini

Hilang kestabilan, pekerja penyelenggaraan cemas gondola dipukul ribut

KUALA LUMPUR: Beberapa pekerja penyelenggaraan yang berada dalam dua kren gondola di sebuah bangunan di Jalan Kemuning, di sini, berdepan detik cemas, apabila gondola itu terhayun beberapa kali ketika ribut petang tadi.

Angin kuat menyebabkan gondola terbabit hilang keseimbangan, malah hampir bertembung sesama sendiri.

Rakaman kejadian berkenaan turut menjadi tular dengan orang ramai yang menyaksikan insiden itu berasa cemas dan menjerit kerana bimbang dengan keselamatan pekerja terbabit.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur, berkata pihaknya menerima laporan kejadian itu dan segera menghantar pasukan ke lokasi kejadian.

Advertisement

“Seramai empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pudu dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi, pasukan dimaklumkan wakil pemaju tapak pembinaan itu bahawa, mangsa yang didapati tersangkut di gondola berjaya menyelamatkan diri dengan turun sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sumber: Astro Awani

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel