Connect with us

Kemalangan

Warga emas terbabas langgar tiang elektrik lepas jemput cucu dari sekolah

Sejak kelmarin tular sebuah video memaparkan sebuah kereta dipandu lelaki dalam keadaan terhuyung-hayang sebelum melanggar tiang elektrik.

Menurut laporan Kosmo! Seorang lelaki warga emas dan dua cucunya terselamat dalam kemalangan tersebut.

Difahamkan kereta dinaiki mereka hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik di bahu Jalan Kuala Pegang-Parit Panjang, Kampung Mengkuang Masjid.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengah hari itu, pemandu yang merupakan lelaki warga emas berusia 70 tahun dikatakan gagal mengawal kereta jenis Proton Wira kerana mengalami sakit kepala.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima rakaman video itu pada pukul 2.10 petang dan dijadikan laporan pertama untuk siasatan lanjut.

“Hasil siasatan mendapati kereta tersebut dinaiki warga emas bersama dua cucu lelaki berusia 14 dan 15 tahun.

“Lelaki terbabit dikatakan baru menjemput dua cucunya itu dari Sekolah Menengah Agama Yayasan Khairiah Kampung Pisang, Kupang untuk dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Paya Besar,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, sebaik tiba di lokasi kejadian, pemandu yang demam mendakwa mengalami sakit kepala menyebabkannya hilang kawalan lalu terbabas ke bahu jalan di sebelah kiri dan melanggar tiang elektrik.

“Mangsa dan dua cucunya tidak mengalami sebarang kecederaan,” ujarnya.

Advertisement

Tambahnya, kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59).

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel