Connect with us

Global

Dipercayai terlebih muatan, bot Pelancong tenggelam ketika penumpang sibuk berselfie

Tular video yang menunjukkan detik-detik sebuah bot pelancong karam ketika para penumpang sedang berswafoto.

Berdasarkan keterangan akaun Instagram @andreli_48 yang memuat naik video tersebut, kejadian bot pelancong karam itu berlaku di Tasik Sipin, Kampung Sungai Putri, Daerah Danau Sipin, Bandaraya Jambi pada Isnin, 28 Februari 2022.

“Lagi selfie keindahan danau Sipin kota Jambi perahu pariwisata kota Jambi karam di tengah danau. Peristiwa tidak diinginkan terjadi senin sore sekira pukul 17:00 WIB. 28 Februari 2022,” tulis akaun Instagram @andreli_48 dalam keterangan muat naiknya.

Dalam video tersebut, kelihatan sebuah bot pelancong karam di tengah-tengah tasik. Ia juga membuatkan penumpang terjunam ke dalam tasik.

Advertisement

Orang ramai yang menyaksikan kejadian itu segera menjerit panik, malah seorang lelaki dilihat terjun ke dalam tasik untuk membantu pelancong yang lemas.

Bot lain yang berada di lokasi kejadian juga turut kelihatan membantu penumpang dengan membawa mereka ke pinggir tasik.

Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku dalam kejadian bot karam ini. Bagaimanapun, mangsa-mangsa masih trauma selepas kejadian tersebut.

“Beruntung tidak ada korban meninggal akibat peristiwa ini. Namun korban nampak trauma akibat peristiwa tersebut,” sambungnya lagi.

Video bot pelancong karam di Tasik Sipin, Jambi itu telah menerima pelbagai komen daripada netizen.

Advertisement

Ketua Polis Jambi Kombes Pol Eko Wahyudi mengesahkan kejadian itu dalam video berkenaan.

Menurutnya, kejadian berlaku pada Isnin (28/2/2022) sekitar pukul 17.18 WIB di Tasik Sipin, Desa Sungai Putri, Kecamatan Danau Sipin, Kota Jambi.

Jelasnya, kapal itu adalah bot kayu dan dinaiki seramai 21 orang, termasuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Advertisement

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel