Connect with us

Global

Lelaki meraung isteri meninggal dunia selepas lahirkan anak sulung

Tanyalah mana-mana pasangan suami isteri di luar sana, setiap daripada mereka pasti teruja menanti kehadiran cahaya mata sulung.

Mana tidaknya bukan saja melengkapkan lagi rumah tangga, malah dapat jadi pewaris keluarga. Namun kita hanya mampu merancang, akhirnya perancangan Tuhan yang lebih banyak hikmah-Nya saja yang menentukan.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna Facebook berkongsi kisah sedih dimana seorang ibu menghembuskan nafas terakhir setelah melahirkan anaknya mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Esse Ctb, kelihatan suaminya berada di sebelah jasadnya yang kaku sambil menangis seolah-olah belum boleh terima dengan segala yang berlaku.

Advertisement

Dapat juga kita lihat suaminya mencium jenazah isteri berkali-kali seperti tidak mahu ianya menjadi kucupan yang terakhir.

Difahamkan, wanita yang bernama Citra Fadilah Arsyad itu melahirkan anak pertamanya dan suami.

“Perjuanganmu sebagai ibu sudah terlaksana meskipun belum sempat melihat anakmu,kamu orang baik syurga tempatmu, 8 bulan berjuang bukan waktu yang sebentar dan jam 4 subuh kamu pergi untuk selamanya, semoga kelak anakmu menjadi anak kebanggaan keluarga mu ila.. Alfatihah untukmu Citra Fadilah Arsyad..”

“Almarhumah meninggal selesai melahirkan anak pertamanya” tambahnya lagi.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat pengorbanan wanita itu yang mempertaruhkan nyawanya demi zuriat tercinta.

Advertisement

“Saya pernah merasakan dikondisi ini, rasa sangat sakit dan sedih.. 5 tahun saya hidup dalam kesedihan ditinggalkan seorang istri dan anak yang baru lahir.. rasa seperti saya ingin mati juga bersama mereka.. Namun saya mampu menjalani semuanya..” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, para netizen juga turut berharap agar suaminya sabar menerima takdir yang sudah pun tertulis malah ada juga warganet yang berkongsi pengalaman yang sama dimana kehilangan orang yang mereka cintai dan akui itu merupakan detik yang amat sukar dalam kehidupan.

Dalam pada itu, mereka turut berharap agar Allahyarhamah Citra Fadilah dapat ganjaran syurga kerana ‘pergi’ dalam keadaan jihad iaitu selepas melahirkan anak.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel