Connect with us

Kemalangan

Bapa terbabas rempuh pembahagi jalan, kanak-kanak perempuan maut selepas tercampak keluar

Seorang kanak-kanak perempuan maut dalam kemalangan selepas tercampak keluar dari kereta yang dinaikinya di Kilometer 340.2 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan dekat Tapah hari ini.

Ketua Polis Daerah Tapah Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata mangsa N. Ashvika, 11, disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan manakala adik perempuannya N.Yaashika, enam, disyaki mengalami patah kaki dan tangan kiri.

“Dalam kejadian pada 1.30 tengah hari, kemalangan dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Nissan Almera yang dipandu bapanya berusia 38 tahun dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Selangor telah hilang kawalan dan terbabas melanggar besi pembahagi jalan.

“Akibat kejadian itu, mangsa tercampak keluar melalui cermin belakang kenderaan itu dan mengalami kecederaan parah serta telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas perubatan.

Advertisement

Beliau berkata bagaimanapun bapa serta ibunya berusia 37 tahun dan seorang lagi adik perempuan mangsa berusia 10 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Katanya mangsa dibawa ke Hospital Tapah untuk dibedah siasat yang dijalankan esok selepas keputusan ujian COVID-19 diperoleh. – BERNAMA

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel