Connect with us

Jenayah

Pemandu lori tampar & sepak anak tiri sebab berbohong akhirnya serah diri

Seorang pemandu lori tampil menyerah diri kepada polis selepas video dirinya memukul anak tiri berusia lima tahun dalam kejadian di Taman Sri Muda, tular di media sosial.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Embol berkata, suspek berusia 30 tahun itu ditahan pada jam 12.30 tengah malam kelmarin di Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Shah Alam.

Siasatan awal mendapati, suspek bertindak demikian kerana berang dengan mangsa yang didakwa berbohong kepadanya.

“Ini menyebabkan suspek marah sebelum menampar anak tirinya. Tiada kelihatan sebarang kesan kecederaan pada kanak-kanak itu, tetapi mangsa sudah dirujuk kepada hospital untuk tindakan lanjut,” katanya.

Advertisement

Suspek direman selama tiga hari dan disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.

Terdahulu, video pemandu lori itu menampar anak tirinya tular di media sosial sehingga mengundang pelbagai reaksi netizen yang menggesa suspek dikenakan tindakan undang-undang.

Memetik laporan Sinar Harian, Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, pihaknya ada menerima laporan dari ibu kepada kanak-kanak berusia lima tahun itu.

Menurut wanita itu, anak lelakinya dipukul oleh suami baharunya yang juga bapa tiri kepada mangsa. Mangsa ditampar, dipulas tangan sebelum ditendang oleh suspek.

Wanita itu cuba bertanya punca suaminya memukul mangsa tetapi tidak diendahkan dan suspek berterusan memukul mangsa. Takut melihat mangsa terus dipukul, ibunya datang untuk melindungi anaknya.

Advertisement

Tetapi tindakan wanita itu membuatkan suspek semakin tidak terkawal dan menyepak mangsa biarpun sepakannya itu terkena pada isteri.

Sumber: Harian Metro & Sinar Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel