Connect with us

Global

Buku bertemu ruas! Pelanggan naik angin ditipu peniaga sengaja kurangkan timbangan cili dibelinya

Berang kerana berasa dirinya di tipu, seorang wanita nekad berdepan dengan seorang peniaga di sebuah pasar yang dipercayai menipu dalam timbangan cili yang dijualnya.

Dalam video tular itu, kelihatan seorang wanita sedang mengamuk didepan seorang peniaga cili kerana berasa tertipu selepas timbangan cilinya berkurangan. Berdasarkan hashtag dalam video tersebut, pasar tersebut berada di Batam.

Wanita itu datang dengan membawa cili yang katanya baru dibeli daripada peniaga itu. Wanita itu berasa tertipu kerana cili yang dibelinya tidak cukup timbangan berat yang sepatutnya.

“Hei perempuan! Gue dua minggu kemarin beli disini timbanganku kurang seperempat cabai merah, yang cabai setan hilang satu ons,” kata ibu tersebut.

Advertisement

Penjual berbaju biru itu kelihatan keliru dengan kehadiran wanita tersebut yang tiba-tiba memarahinya.

“Kau tahu aku beli di sini kenapa? Dua minggu kemarin, aku beli di sini timbanganku kurang seperempat, yang cabai merah. Yang cabai keriting hilang satu ons,” ujarnya sambil menunjuk ke arah longgokan cabai.

Wanita itu kemudiannya meminta peniaga itu menimbang semula barang yang baru dibelinya. Tetapi pada penimbang lain. Malah wanita tersebut membawa penimbangnya sendiri.

“Pakai timbangan yang lain. Ini ya pelakunya,” kata wanita itu dalam nada marah sambil menghalakan kamera ke arah penjual.

Seorang lagi penjual kemudiannya menuruti kehendak wanita itu. Dengan pergerakan yang agak pantas, dia kelihatan terpaksa untuk melayan kehendak wanita yang sedang marah itu.

Advertisement

Amukan wanita tersebut telah menarik perhatian orang lain di sekitar pasar. Malah dia turut sempat memberi amaran kepada orang ramai agar tidak membeli cili di gerai itu.

Namun, tanpa disangka wanita itu pula diusir peniaga selepas dia selesai menimbang semula. Malah dia pula kelihatan marah terhadap tindakan wanita itu.

“Saya sudah dua kali mengalami di sini. Bagaimana bisa beli satu kilogram tinggal tujuh ons. Kasian ibu-ibu. Kalian kira cari uang dari mana,” akhiri wanita itu.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel