Connect with us

Global

Bapanya disembelih hingga mati, anak yatim mengamuk & histeria bertemu si pelaku

Kembali tular di media sosial
sebuah video memaparkan seorang anak tidak dapat menahan perasaan marah apabila berhadapan dengan pembunuh ayahnya.

Difahamkan kejadian itu yang berlaku pada 26 november 2020, telah menyebabkan anak mangsa, Menanti Simbolon menjadi anak yatim. Dalam lakonan semula kes pembunuhan terhadap Rianto Simbolon yang dilakukan di hadapan anak mangsa itu, apabila menonton babak demi babak lakonan semula membuatkan anak mangsa tidak dapat menahan emosinya.

Dia menjadi histeria dan meluru ke arah si pelaku. Kini, tujuh daripada anak mangsa telah menjadi yatim piatu. Sebelum Rianto Simbolon dibunuh, isterinya telah pun meninggal dunia pada 2019.

Kes pembunuhan beramai-ramai itu berlaku di Samosir. Pelajar darjah 3 di SMAN 1 Ronggur Ni Huta bernama Menanti Simbolon menyaksikan satu persatu adegan pembunuhan beramai-ramai secara kejam oleh pembunuh yang terlibat dalam kes pembunuhan bapanya.

Advertisement

Selepas menyaksikan satu persatu adegan pembunuhan beramai-ramai daripada pelakunya, Menanti tidak dapat menahan air matanya. Dia juga mula tidak dapat mengawal emosinya yang meluap-luap akibat terlalu kecewa dan marah.

Seorang anak pasti mempunyai rasa kasih dan sayang yang teramat sangat terhadap ibu dan bapa mereka. Begitu jugalah dengan Menanti yang tidak lagi dapat menahan diri apabila melihat bapanya menjadi mangsa pembunuhan. Ini menyebabkan dia begitu histeria apabila melihat pelaku yang melakukan lakonan semula pembunuhan beramai-ramai di hadapannya.

“Kenapa kamu bunuh ayah saya!,” jerit Menanti menggunakan bahasa tempatan sambil menangisi bapanya.

@malaysianupdatenews Bapanya disembelih hingga mati, anak yatim mengamuk & histeria bertemu si pelaku.🥺 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #global ♬ original sound – Malaysian Update

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel