Connect with us

Terkini

Suri rumah ditemui lemas dipercayai terjatuh ke dalam sungai

ALOR SETAR – Seorang suri rumah yang terjatuh ke dalam sungai di Tandop Pak Tin di Sungai Bukit Teriak, Mukim Telaga Mas di sini, ditemui lemas pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, mayat Rossidah Yusof, 57, ditemui Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah pada jam 4.33 petang.

Ahmad Shukri berkata, suami mangsa menemui sepasang selipar berdekatan motosikal milik isterinya ketika menghampiri kawasan tebing sungai tersebut.

Katanya, suami mangsa bagaimanapun tidak menemui isterinya lalu pulang ke rumah, namun mendapati dia tiada di kediaman menyebabkan lelaki itu kembali ke tepi sungai dan mencari wanita itu.

Advertisement

Tambah beliau, suami mangsa mengesyaki isterinya telah turun ke dalam sungai tersebut dan usaha mencari serta menyelamat kemudian digerakkan PDRM bersama JBPM.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lada, Salim Mahmood Al Hafiz menerusi hantaran di Facebook mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan mendoakan Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang soleh.

Sumber: Sinar Harian

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel