Connect with us

Global

Budak 7 tahun diikat tangan & kaki oleh bapa tirinya, diselamatkan penduduk

Baru-baru ini, tular sebuah video menunjukkan serbuan ke atas rumah salah seorang penduduk yang mengikat kaki dan tangan anak lelakinya yang berusia tujuh tahun.

Dalam video itu, kelihatan beberapa penduduk lelaki yang memakai kain sarung dan kopiah menyerbu dan memecah masuk rumah sewa salah seorang jiran.

Dengan lampu suluh, kelihatan seorang budak lelaki memakai t-shirt merah berdiri, kaki dan tangannya telah diikat menggunakan tali.

“Tuh-Tuh, tengok, ambil gambar,” kata salah seorang penduduk yang menyerbu rumah tersebut.

Advertisement

Dengan tangan dan kaki terikat, budak lelaki berusia 7 tahun itu malah terpaksa melompat sedikit apabila dipanggil penduduk setempat.

Tidak keseorangan, anak kecil itu kelihatan terkurung di dalam empat bilik sewa bersama adik-beradiknya yang lain.

Ketika pintu dibuka, kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun itu kelihatan berada dalam keadaan tidak berdaya.

Penduduk tempatan kemudian membuka ikatan menggunakan gunting.

Difahamkan, kejadian itu terjadi di Desa Ragajaya Bojonggede, Kabupaten Bogor, Jawa Barat pada Isnin, 4 April 2022.

Advertisement

Dalam video tular itu, penduduk yang berang juga dilihat memukul bapa tiri mangsa.

Pelaku kelihatan tidak berdaya apabila dihujani beberapa tumbukan dan tendangan oleh penduduk yang marah.

@malaysianupdatenews Budak 7 tahun diikat tangan & kaki oleh bapa tirinya, diselamatkan penduduk. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate #global ♬ Cinta Sampai Mati – Raffa Affar

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel