Connect with us

Global

Pesawat kargo DHL putus dua ketika mendarat cemas di lapangan terbang Costa Rica

SAN JOSE: Sebuah pesawat kargo Boeing 757-200 dikendalikan DHL putus dua selepas terbabas ketika pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Juan Santamaria di Costa Rica semalam.

Pengendali lapangan terbang berkenaan, Aeris, berkata kemalangan itu berlaku jam 10 pagi waktu tempatan dan kerja pembersihan selesai serta lapangan terbang dibuka semula jam 3:30 petang semalam.

Menurutnya lagi, penerbangan kira-kira 8,500 pengembara dan 57 penerbangan kargo komersial terjejas akibat penutupan sementara lapangan terbang itu.

DHL, sebahagian daripada Deutsche Post AG, berkata semua kru pesawat selamat dengan hanya seorang menjalani pemeriksaan kesihatan sebagai langkah berjaga-jaga.

Advertisement

Gambar disiarkan akhbar Costa Rica, La Nacion, menunjukkan sebuah pesawat berwarna kuning dengan logo DHL tertera di sisinya sedang disembur dengan buih pencegah kebakaran selepas ia tersadai di padang berhampiran landasan.

Bahagian ekor pesawat dilihat terpisah daripada badannya dan salah satu sayapnya juga patah.

Menurut Timbalan Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Costa Rica, Luis Miranda Munoz, pesawat berkenaan dijadualkan terbang ke Guatemala apabila mengalami kegagalan sistem hidraulik.

Justeru, juruterbang meminta kebenaran untuk melakukan pendaratan kecemasan sejurus selepas berlepas.

Jurucakap Boeing Co berkata pihaknya hanya akan menjawab kepada pihak berkuasa yang menjalankan siasatan.

Advertisement

DHL dan pihak berkuasa lapangan terbang berkata mereka sedang bekerjasama bagi mengalihkan pesawat itu tanpa menjejaskan operasi harian lapangan terbang.

“Pasukan tindak balas DHL sudah digerakkan dan siasatan akan dijalankan bersama pihak berkaitan bagi merungkai punca kemalangan,” kata DHL. – REUTERS

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel