Connect with us

Global

Guna teknik Heimlich Maneuver, guru berjaya selamatkan pelajar tercekik penutup botol

Detik-detik cemas seorang guru menyelamatkan pelajarnya yang tercekik penutup botol air tular di media sosial.

Memetik laporan New York Post, adegan dramatik itu dirakam di Sekolah Piagam Komuniti East Orange, New Jersey, selepas seorang pelajar lelaki berusia sembilan tahun cuba meneguk air sambil duduk di mejanya.

Dalam kejadian pada Rabu, pelajar itu dilihat tidak dapat membuka penutup dengan tangannya.

Justeru, dia cuba untuk membuka penutup itu dengan menggunakan giginya.

Advertisement

“Kemudian saya memulas botol air itu dan kemudian air menolak penutup ke bahagian kerongkong saya.

“Saya pergi ke singki untuk mengeluarkannya tetapi tidak berjaya dan saya terus berlari meminta bantuan guru saya,” kata pelajar itu.

Gurunya, Janiece Jenkins bertindak dengan pantas dan melakukan teknik Heimlich Maneuver.

“Dia menunjuk ke arah lehernya dan kelihatan bingung.

“Dia tidak boleh bercakap jadi saya hanya memusingkan badannya dan melakukan Heimlich Maneuver,” katanya.

Advertisement

Tindakan pantas yang dilakukan olehnya itu mendapat pujian dari orang ramai dan menjadi tular di media sosial.

Dia juga akan diberikan anugerah oleh Datuk Bandar East Orange, Ted Green dan Ahli Kongres, Donald Payne Jr atas jasanya yang menyelamatkan pelajar tersebut.

Bagi yang belum tahu, Heimlich Maneuver, merupakan teknik tujahan perut yang digunakan apabila objek asing tersekat di kerongkong yang menyebabkan seseorang sukar untuk bernafas.

Ia dinamakan sempena Henry Heimlich yang mencipta teknik menyelamatkan nyawa pada tahun 1974, lapor Newsweek.

Untuk melakukannya, individu yang tercekik mesti berdiri dan orang yang memberikan pertolongan berdiri di belakangnya. Kemudian, mereka perlu dicondongkan ke hadapan.

Advertisement

Ketika itu, mereka perlu diberi lima pukulan kuat ke belakang dengan menggunakan tapak tangan.

Selepas itu, letakkan kedua-dua lengan di pinggang individu yang tercekik dan genggam sebelah tangan dan letakkannya tepat di atas pusat, dengan ibu jari menghadap ke dalam.

Seterusnya, tolak tangan ke dalam dan ke atas sebanyak lima kali

Proses ini diteruskan sehingga objek terkeluar dari saluran udara.

@malaysianupdatenews Guna teknik Heimlich Maneuver, guru berjaya selamatkan pelajar tercekik penutup botol. 😱 #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Primal Fear – Drama Effect – Dave James

Sumber: New York Post/SiakapKeli

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel