Connect with us

Jenayah

Cuba kejar penjenayah, penyampai berita cedera akibat diseret Myvi

Petaling Jaya: Penyampai berita, Khairul Rizuan Azizan cedera akibat diseret ketika cuba mengejar penjenayah yang memecahkan tingkap kereta miliknya di Damansara Perdana, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, Khairul Rizuan, 34, mengalami luka di tangan, jari kanan serta lutut kanan akibat diseret kereta Perodua Myvi dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.

Katanya, ketika kejadian, dia meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi terbabit.

“Sebaik tiba kedai serbaneka itu, saya mendapati premis berkenaan tutup dan kembali semula ke kereta.

Advertisement

“Ketika itu, saya melihat seorang lelaki memakai jaket sedang menendang tingkap bahagian penumpang hadapan kereta saya,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu juga dilihat mengambil beg miliknya yang ditinggalkan di dalam kereta.

“Saya kemudian menjerit ke arah lelaki terbabit menyebabkannya membaling beg itu sebelum melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta.

“Saya cuba mengejar dan sempat menumbuk mukanya yang ketika itu sudah berada di dalam kereta.

“Namun, suspek bertindak memecut kereta menyebabkan saya terseret di jalan sebelum dapat melepaskan diri,” katanya yang membuat laporan di Balai Polis Damansara berhubung kejadian itu.

Advertisement

Kejadian itu turut tular di media sosial selepas pelakon dan penyanyi popular, Janna Nick yang secara kebetulan melalui lokasi kejadian memuat naik rakaman kamera papan pemuka di akaun Instagram dan Tiktok miliknya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood memaklumkan mangsa cedera ringan dalam kejadian itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan dan kerugian dianggarkan berjumlah RM500.

“Usaha mengesan suspek dalam kes itu sedang giat dijalankan. Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta menghubungi Pusat Kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662176 bagi membantu siasatan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel