Connect with us

Jenayah

Bunuh isteri pada malam Aidilfitri, Mekanik berdepan hukuman gantung sampai mati

Seorang mekanik yang membelasah isterinya sehingga mati, didakwa hari ini di Mahkamah Majistret atas pertuduhan membunuh isterinya pada malam Aidilfitri di sebuah rumah Ahad minggu lalu.

Tertuduh Mohd. Syawalludin Ismail, 38, bagaimanapun tidak membuat sebarang pengakuan selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Syahrul Sazly Md. Sain.

Mengikut pertuduhan, bapa empat orang anak itu didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian kepada Siti Nadirah Mohd. Nazul, 28, di sebuah rumah di Taman Koperasi Maju Jaya di sini antara pukul 12 tengah malam hingga 3.30 pagi pada 1 Mei lalu (2022).

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati.

Advertisement

Dalam prosiding hari ini pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Nurul Husna Amran manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Tiada ikat jamin diberikan dan mahkamah kemudian menetapkan 14 Jun ini untuk sebutan semula kes dan laporan kimia.

Terdahulu media melaporkan seorang wanita telah disepak dan dipukul dengan senjata tumpul sehingga mati dalam kejadian di sebuah flat di Balai Batu 9, Cheras di sini, pada 1 Mei lalu.

Difahamkan kejadian berpunca daripada perasaan marah suspek selepas mengetahui tindakan mangsa yang menghebahkan situasi rumah tangga mereka di media sosial.

Wanita itu dilapotkan telah dihantar ke Hospital Kajang dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh suaminya, namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.

Advertisement

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel