Connect with us

Terkini

Pekerja syarikat kurier serang lelaki tak siuman guna mercun tampil mohon maaf

Logikkah jika secara tiba-tiba menyerang orang yang tidak siuman menggunakan mercun memikirkannya sesuatu perkara yang kelakar?

Berikut adalah tindakan seorang pekerja syarikat kurier apabila dia bertindak tidak menggunakan otak menyerang seorang lelaki tidak siuman dengan menggunakan mercun dan cuba mengugut mencucuk lelaki yang tidak bersalah itu di Bandar Baru Samariang.

Video rakaman 56 saat itu menunjukkan lelaki pembuli itu juga turut menakut-nakutkan mangsa dengan cubaan menumbuk dan mencucuknya menggunakan sebuah objek yang di dalam video dikatakan kayu.

@malaysianupdatenews Pekerja syarikat kurier serang lelaki tak siuman guna mercun tampil mohon maaf. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ Sudah Tak Cinta – Ziell Ferdian

Di manakah perikemanusiaan lelaki tersebut, hanya berani untuk membuli orang tidak siuman yang tidak berdaya melawannya?

Advertisement

Setelah tular videonya menyerang lelaki tak siuman itu, orang awam pula pantas menemui lelaki tersebut dan menyuruhnya meminta maaf kepada mangsa. Lelaki tersebut kemudiannya meminta maaf kepada mangsa.

@malaysianupdatenews Orang awam pantas menemui lelaki tersebut dan menyuruhnya meminta maaf kepada mangsa. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – Malaysian Update

Diharap agar perkara ini boleh menjadi pengajaran kepada kita semua agar tidak berkelakuan buruk seperti ini kerana setiap tindakan yang buruk itu akan membawa padah.

Sumber: ILoveBorneo

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel