Connect with us

Jenayah

Samseng jalanan rupanya ada rekod kes curi kenderaan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki yang videonya tular kerana memandu secara berbahaya dan melakukan ugutan di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Taman Layang-Layang, ditahan polis semalam.

Suspek berusia 32 tahun itu ditahan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul di perkarangan IPD Kuala Selangor jam 4.05 petang.

Ketua Polis Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, polis merampas Perodua Myvi, Yamaha Ego, Yamaha Nouvo LC, KTM 790 Adventure yang semuanya menggunakan nombor pendaftaran palsu.

Katanya, polis juga merampas rotan dan pelbagai jenis kunci kenderaan daripada suspek.

Advertisement

“Hasil semakan mendapati suspek memiliki rekod jenayah lampau membabitkan penyalahgunaan dadah serta jenayah curi kenderaan di Kuala Lumpur, Selangor dan Johor.

“Suspek direman selama tiga hari bermula hari ini sehingga Ahad depan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Katanya, tindakan tegas akan diambil kepada individu yang melakukan kesalahan tanpa ada sebarang kompromi.

Sebelum ini tular di laman sosial tindakan suspek memandu secara berbahaya yang membahayakan pengguna jalan raya lain.

Tindakan suspek yang turut mengancam pengguna jalan raya menggunakan kayu dirakam sebelum tular.

Advertisement

Sumber: Harian Metro

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel