Connect with us

Pilihan Editor

Berjuang demi negara, netizen sebak lihat pesilat negara cedera tapi tetap terus berlawan

Tular video pesilat negara, Al Jufferi Jamari yang kelihatan cedera sewaktu menentang pesilat dari Indonesia, Iqbal Candra Pratama telah membuatkan ramai penyokong team Malaysia panik.

Memetik laporan dari Astro Arena, kecederaan dialami Al Jufferi bagaimanapun tidak begitu serius.

Video ketika Jufferi Jamari menahan kesakitan di bahagian bahu kanan ketika di pusingan kedua ketiga menyertai kategori 70-75kg telah membuatkan ramai netizen berasa terharu dengan semangat kesukanan yang begitu hebat berjuang demi negara.

Dalam video yang tular tersebut, jelas kelihatan wajah menahan sakit pesilat negara tersebut namun tetap kuat untuk meneruskan perlawanan.

Advertisement

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet yang menonton video rakaman ketika perlawanan suku akhir berkenaan mengakui sebak melihat ekspresi Al Jufferi ketika mengalami kecederaan.

Mereka mendoakan agar pesilat serta atlet-atlet yang sedang berjuang di Hanoi terus bersemangat serta dapat melakukan yang terbaik buat negara Malaysia yang tercinta.

Terkini, pemenang pingat emas empat kali pada temasya Sukan SEA itu mendedahkan, anaknya, Furqan Al Haq yang menghidap kanser menjadi pembakar semangat untuk dia berjuang sehingga ke titik akhir.
Bagi Mohd Al-Jufferi, kecederaan bahu yang dialaminya tidak seberapa jika dibandingkan dengan beban yang ditanggung anak lelakinya itu.

“Saya kuat sebab anak, kalau saya sakit bahu, anak saya sakit kanser… dia lagi kuat, dia budak kan.

“Sebab dia sakit umur 2 atau 3 tahun dah kena kanser. Kena (jalani) kimoterapi, tiap-tiap hari saya pergi hospital… saya tengok dia lemah, letih… saya menangis, dia usap. Dia kata, ‘ayah jangan nangis, Haq okay’. Itu je dia cakap.

Advertisement

“Tetapi bila saya kena (sakit) bahu macam ini, tak akan saya tak kuat. Allahuakbar, itu sajalah yang saya fikir. Sebab itu saya nak lawan, tak ada yang lain, anak saya,” katanya dalam rakaman video yang dikongsi wartawan Astro Arena, Syakirah Zulkifly di laman Twitter, hari ini.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel