Connect with us

Jenayah

Remaja sengaja rosakkan eskalator di stesen LRT Sri Rampai undang kecaman netizen

Baru lima hari eskalator di Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Sri Rampai dapat berfungsi semula, seorang remaja berani merosakkan kemudahan awam tersebut sehingga menyebabkan operasinya tergendala.

Menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) yang dikongsi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dapat dilihat sekumpulan remaja yang baru menuruni tangga di stesen berkenaan, bertindak menghampiri eskalator dan menekan butang berhenti kecemasan pada infrastruktur tersebut.

Eskalator berkenaan difahamkan baru sahaja dibaiki dan diaktifkan semula untuk kemudahan orang ramai.

“Tak pasti apa niat sebenar remaja ini tetapi apa yang dilakukan ini dikategorikan sebagai perbuatan vandalisme.

Advertisement

“Butang kecemasan hanya digunakan pada saat-saat genting dan salah guna butang tersebut boleh menyebabkan kerosakan pada eskalator dan akhirnya menimbulkan kesulitan kepada pengguna lain,” maklum DBKL dalam satu hantaran di Facebook.

Pada masa sama, DBKL menasihati agar orang ramai boleh menghargai kemudahan awam yang disediakan.

Eskalator berdekatan Stesen LRT Sri Rampai pernah tular di media sosial selepas ianya didakwa tidak berfungsi sejak lima tahun lalu.

Bagaimanapun pada 15 Jun, DBKL memaklumkan, pihaknya telah selesai melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan dan eskalator tersebut boleh digunakan semula.

Rata-rata netizen mengecam tindakan remaja itu yang disifatkan menyusahkan dan mempersoalkan mengapa wajah remaja itu dikaburkan dalam rakaman CCTV tersebut.

Advertisement

“1 kerja pula technician nak datang sana semata mata nak on balik. Ingat tekan je dah boleh jalan ke. Kalau escalator semudah tu je on mana nak datang safety nya. Benak!” – netizen.

“Kenapa di kaburkan muka.. Kalau terjumpa senang nak hantar pergi balai polis. Perkara dah salah! Kira Vandalism, menyusahkan orang ramai yang nak gunakan escalator,” tulis seorang pengguna Facebook pula.

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel