Connect with us

Terkini

‘Gatal tangan’ ubah suai Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis, peniaga ditahan polis

SEPANG, 3 Julai (Bernama) — Sebuah kereta jenis Nissan Skyline R32 yang mempunyai lambang dan corak menyerupai kenderaan polis dirampas manakala pemiliknya ditahan semalam.

Ketua Polis Daerah Sepang ACP Wan Kamarul Azran Wan Yusof dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapat maklumat berkaitan kereta awam itu menerusi satu video TikTok berdurasi 13 saat, difahamkan menyertai pameran automotif Art of Speed Malaysia yang berlangsung selama dua hari bermula semalam di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Serdang.

Turut dirampas kunci kereta itu dan slip penyertaan pameran berkenaan.

“Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 89 Akta Polis 1967 kerana memiliki barangan yang dibekalkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk melaksanakan tugas. Siasatan masih diteruskan,” katanya.

Advertisement

Beliau berkata pemilik kereta berumur 45 tahun yang juga merupakan peniaga aksesori kereta dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangannya selesai diambil.

Sumber: BERNAMA

@malaysianupdatenews ‘Gatal tangan’ ubah suai Nissan Skyline R32 menyerupai kenderaan polis, peniaga ditahan polis. #beritaditiktok #NewsAtTikTok #TrendingNewsMalaysia #malaysianupdate ♬ original sound – YunSepet01 – YunSepet_

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement
Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel