Connect with us

Jenayah

Pandu secara melulu, polis kesan kereta berlagak samseng jalanan

Kuala Lumpur: Polis sedang mengesan sebuah kereta yang berlagak samseng jalanan serta pemilik rakaman video Jalan Taman Selayang Jaya, Selayang, 4 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, dalam kejadian itu, sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara melulu dan berbahaya dengan memotong dan brek secara mengejut beberapa kali di hadapan kenderaan yang dimiliki perakam video.

Katanya, satu laporan polis dibuat dan usaha mengesan suspek serta pemilik kamera papan pemuka sedang dijalankan.

“Pada 10.18 pagi, 4 Julai lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak mengesan satu rakaman video berdurasi 1 minit 14 saat di media sosial yang memaparkan sebuah kereta Perodua Myvi dipandu secara berbahaya dan berlagak samseng jalanan di Jalan Taman Selayang Jaya, Selayang.

Advertisement

“Kes disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu memandu secara melulu dan membahayakan dan jika disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak lebih dari lima tahun dan denda tidak kurang dari RM5000 dan tidak lebih dari RM15,000 bagi kesalahan pertama.

“Polis menggesa orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Mohd Shaifuddin Mohd Nor di talian 017-6645812 atau Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Follow Malaysian Update di Tiktok untuk lebih video DI SINI

Dapatkan berita terkini dengan mudah & pantas! Follow Telegram MalaysianUpdate DI SINI

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Like Us On Facebook

Facebook Pagelike Widget

Untuk Laporan Berita Terkini Secara Percuma!

Sila install aplikasi Malaysian Update.my untuk laporan berita terkini secara percuma!
Advertisement

Join our Telegram Channel